28 Sept 2016

                Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung dan pembaca blog saya yang dikasihi. Nama diberi Muhammad Nur Hafiz bin Azmi dan nama yang dikenali Hafiz. Alhamdulillah, nama yang cukup indah diberikan oleh ayahanda dan ibunda. Saya selamat dilahirkan ketika sambutan Maulidur Rasul dilangsungkan di kaca televisyen hospital besar Kuala Lumpur pada 20 Ogos 1994 ketika itu. Pada tanggal 20 Ogos 2016, cukup umur saya 22 tahun sebagai anak sulung kepada 3 adik lelaki saya dan 1 adik perempuan saya yang kini berumur 9 tahun.
                Saya dihantar ke tadika seawal 5 tahun. Tadika Akrab Amal di Bandar Baru Bangi. Tamat di tadika itu ketika 6 tahun, kemudian saya meneruskan pembelajaran di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Masih lagi sekolah di Bangi kerana rumah saya yang juga berada tidak jauh dari situ sehingga saya menamatkan sekolah itu sehingga darjah enam. Kemudian, saya menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah di Padang Tengku iaitu terletak di Kuala Lipis, Pahang. Ketika itu sekolah saya berhampiran di kampung halaman belah ibu saya. Di samping menuntut ilmu di situ, saya berpeluang melawat dan menjaga nenek saya. Alhamdulillah, tamat sehingga tingkatan 5, saya mendapat peluang untuk meneruskan lagi pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Selangor selama setahun. Sekali lagi saya diberikan peluang untuk menempatkan diri ke Universiti Utara Malaysia di Kedah. Walaupun jauh dari kampung halaman, tapi sebagai seorang anak sulung, saya meneruskan bagi memberi inspirasi kepada adik-adik saya sebagai semangat belajar dan sentiasa membuat ibu dan ayah bangga bukan sekadar dari segi pembelajaran, aspek-aspek kehidupan, bina diri, pengalaman buat diri sendiri.

                Pantas masa berlalu, pejam celik saya sudah berada di tahun 4 di sini. Tidak lama lagi untuk menghabiskan pengajian selama 4 tahun. Adik-adik saya kini semakin dewasa dan ibu bapa saya meningkat usia. Banyak pengalaman dan asam garam yang saya lalui selama 4 tahun di UUM. Saya akui, pembelajaran amat penting untuk zaman ini, namun pembelajaran secara tidak formal sangat penting dalam membina sahsiah dan kekuatan diri. Cerita tentang diri saya di atas juga banyak menceritakan tentang perjalanan pembelajaran saya. Ibu bapa saya dahulunya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, kami menerima sesuap nasi daripada ibu dan bapa saya hasil daripada usaha keras mereka. Perjalanan saya sebagai penuntut ilmu juga bukanlah seorang penuntut yang baik, kebanyakan keputusan peperiksaan saya atas pagar. Ibu bapa saya selalu mendorong agar kami diberikan secara pendidikan formal di institusi pendidikan dan mereka mengajar pendidikan secara tidak formal kerana lautan ilmu sangat luas dan tidak terbatas. Jangan pernah berhenti belajar, dan belajar tidak semestinya terdapat di sekolah ataupun institusi pendidikan. Dan juga jangan pernah berhenti mengajar kerana ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat memanfaatkan orang lain. Sekian penulisan saya setakat ini

No comments:

Post a Comment