21 Nov 2016


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 12 Nov. Berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke-29 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan selama 5 hari di Dewan Mu’adzam Shah. Bermula pada hari Sabtu 12 November 2016, pada waktu 7 pagi, Pemasyhuran Tan Sri Osman Aroff sebagai Pro-Canselor Uum yang baharu sebagai istiadat konvokesyen. UUM juga mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan)  kepada Kemudian, Diikuti sesi penganugerahan Ijazah Kehromat , Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (Kewangan Islam) dan Pengurusan Industri Kreatif. Antara tokoh yang terlibat Pengerusi Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman yang dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan) dan Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Ramly Mokni.

Sebanyak 35 kos graduan dari College of Arts and Sciences (CAS) dan College of Law (COLGIS) menerima sijil pada hari Isnin dan Selasa. Diikuti dengan hari Selasa pula graduan dari College of Business (COB) yang mempunyai 16 kos. Setiap hari mempunyai 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula seawal 7 pagi sehingga 12.30 tengahari dan sesi petang pula bermula pada waktu 1.30 petang sehingga 5.30 petang. Setiap sesi dimulakan dengan pemberian sijil konvokesyen kepada setiap graduan dan diakhiri dengan penerimaan anugerah khas bagi setiap kos. Jumlah graduan yang menerima ijazah pada tahun ini seramai 6,737 graduan terdiri daripada 1,512 graduan pascasiswazah, 5,225 daripada Sarjana Muda yang mempunyai graduan yang mendapat Ijazah Kelas Pertama seramai 653 orang dan 245 daripada graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dan Doktor Pe­ngurusan (D.Mgmt).



Pada hari terakhir majlis yang tersegam indah ini penganugerahan untuk pelajar jarak jauh (PJJ), Kerjasama di bawah Pusat Pendidikan Professional dan Lanjutan (Pace & UUMKL) di mana 7 kos yang terlibat. UUM turut mencatat kejayaan julung kali tersenarai dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings 2016/2017 pada kedudukan 801+ terbaik dunia, 197 di Asia, 13 di Asia Tenggara dan keenam dalam kalangan universiti awam tempatan.

28 Sept 2016

                Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung dan pembaca blog saya yang dikasihi. Nama diberi Muhammad Nur Hafiz bin Azmi dan nama yang dikenali Hafiz. Alhamdulillah, nama yang cukup indah diberikan oleh ayahanda dan ibunda. Saya selamat dilahirkan ketika sambutan Maulidur Rasul dilangsungkan di kaca televisyen hospital besar Kuala Lumpur pada 20 Ogos 1994 ketika itu. Pada tanggal 20 Ogos 2016, cukup umur saya 22 tahun sebagai anak sulung kepada 3 adik lelaki saya dan 1 adik perempuan saya yang kini berumur 9 tahun.
                Saya dihantar ke tadika seawal 5 tahun. Tadika Akrab Amal di Bandar Baru Bangi. Tamat di tadika itu ketika 6 tahun, kemudian saya meneruskan pembelajaran di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Masih lagi sekolah di Bangi kerana rumah saya yang juga berada tidak jauh dari situ sehingga saya menamatkan sekolah itu sehingga darjah enam. Kemudian, saya menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah di Padang Tengku iaitu terletak di Kuala Lipis, Pahang. Ketika itu sekolah saya berhampiran di kampung halaman belah ibu saya. Di samping menuntut ilmu di situ, saya berpeluang melawat dan menjaga nenek saya. Alhamdulillah, tamat sehingga tingkatan 5, saya mendapat peluang untuk meneruskan lagi pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Selangor selama setahun. Sekali lagi saya diberikan peluang untuk menempatkan diri ke Universiti Utara Malaysia di Kedah. Walaupun jauh dari kampung halaman, tapi sebagai seorang anak sulung, saya meneruskan bagi memberi inspirasi kepada adik-adik saya sebagai semangat belajar dan sentiasa membuat ibu dan ayah bangga bukan sekadar dari segi pembelajaran, aspek-aspek kehidupan, bina diri, pengalaman buat diri sendiri.

                Pantas masa berlalu, pejam celik saya sudah berada di tahun 4 di sini. Tidak lama lagi untuk menghabiskan pengajian selama 4 tahun. Adik-adik saya kini semakin dewasa dan ibu bapa saya meningkat usia. Banyak pengalaman dan asam garam yang saya lalui selama 4 tahun di UUM. Saya akui, pembelajaran amat penting untuk zaman ini, namun pembelajaran secara tidak formal sangat penting dalam membina sahsiah dan kekuatan diri. Cerita tentang diri saya di atas juga banyak menceritakan tentang perjalanan pembelajaran saya. Ibu bapa saya dahulunya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, kami menerima sesuap nasi daripada ibu dan bapa saya hasil daripada usaha keras mereka. Perjalanan saya sebagai penuntut ilmu juga bukanlah seorang penuntut yang baik, kebanyakan keputusan peperiksaan saya atas pagar. Ibu bapa saya selalu mendorong agar kami diberikan secara pendidikan formal di institusi pendidikan dan mereka mengajar pendidikan secara tidak formal kerana lautan ilmu sangat luas dan tidak terbatas. Jangan pernah berhenti belajar, dan belajar tidak semestinya terdapat di sekolah ataupun institusi pendidikan. Dan juga jangan pernah berhenti mengajar kerana ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat memanfaatkan orang lain. Sekian penulisan saya setakat ini